|
Assalamualaikum W.B.T dan selamat sejahtera.
Alhamdulillah sekalung penghargaan kepada pihak AJK PRS UniSZA yang banyak bertungkus-lumus dalam merekayasa dan membangunkan kelab ke tahap yang terbaik. Jutaan terima kasih juga kepada pihak Publisiti Dan Media serta seluruh Ajk yang terlibat dalam membangunkan blog PRS UniSZA ini. Jutaan terima kasih juga ditujukan kepada pihak Unit Kaunseling Dan Kerjaya UniSZA, terutamanya Puan Rosni Binti Mohammad selaku Penyelaras Kelab Pembimbing Rakan Siswa yang juga banyak membantu kelab ini untuk terus maju dan berkembang setanding dengan persatuan dan kelab yang ada di UniSZA ini serta tidak lupa kepada Pn. Husni Munirah Binti Hashim Dan Cik Lailatul Jumati Binti Mohd, selaku Penasihat Kelab Pembimbing Rakan Siswa UniSZA yang banyak memberi sokongan dan tunjuk ajar kepada kami.
Untuk pengetahuan semua, Kelab Pembimbing Rakan Siswa ini ditubuhkan bertujuan :
(a) Membentuk ahli kelab untuk sama-sama bekerjasama memberi bantuan dan sokongan meningkatkan diri di dalam semua lapangan termasuk sahsiah, akademik, bimbingan dan kerjaya dan seterusnya;
(b) Mengembangkan potensi diri pelajar sesuai dengan falsafah, misi dan visi Universiti Sultan Zainal Abidin.
(c) Menjalankan latihan, program, seminar dan bengkel dengan kerjasama Unit Kaunseling & Kerjaya kepada pelajar sesuai dengan keperluan sebagai pelajar yang intelek, mempunyai jati diri dan berdaya saing
(d) Melahirkan pelajar yang berjasa kepada masyarakat sekeliling demi mewujudkan masyarakat Malaysia yang prihatin.
Diharapkan kepada semua ahli dapat memberi kerjasama dalam membantu membangunkan prestasi kelab ini dari semasa ke semasa.
Akhir kalam, sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu kelab ini untuk terus maju dan berdaya saing setanding dengan acuan mahasiswa/wi negara.
Yang Benar,
Ahmad Khir Bin Ahmad Humairi
Presiden Kelab Pembimbing Rakan Siswa UniSZA
Sesi 2012/2013