Pengenalan PRS UniSZA

| Kelab Pembimbing Rakan Siswa UniSZA | Saturday, August 20, 2011
Kelab  Pembimbing Rakan Siswa (PRS)
Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni
Universiti Sultan Zainal Abidin, Kampus Gong Badak,
21300 Kuala Terengganu, Terengganu.
http://prsunisza.blogspot.com

Latar Belakang Kelab Pembimbing Rakan Siswa (PRS) UniSZA

Kelab Pembimbing Rakan Siswa Universiti Sultan Zainal Abidin (PRS UniSZA) mula ditubuhkan dan diluluskan pada 9 Januari 2010 dengan nama asal kelab ini adalah Kelab Rakan Siswa yang mana presiden asal kelab ini adalah diterajui oleh saudara Muhammad ‘Aizat bin Anwar Apandi. Setelah pemilihan exco dilakukan peneraju utama kelab ini telah beralih kepada saudara Mohammad Najib bin Abd. Razak sekaligus dengan penggunaan nama kelab sekarang iaitu Kelab Pembimbing Rakan Siswa.

          Kelab PRS UniSZA mempunyai keistimewaan yang tersendiri apabila terletak dalam Unit Kaunseling & Kerjaya UniSZA, Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni  dan dipantau terus  oleh  pegawai psikologi kanan  UniSZA iaitu Puan Rosni binti Mohammad. Dengan kekuatan ahli seramai 100 orang dalam tahun pertama penubuhannya telah menunjukkan bahawa kelab ini telah menjadi pilihan di hati para mahasiswa dan mahasiswi di UniSZA.

Tujuan-tujuan profesional penubuhannya:
 
1.Membentuk ahli kelab untuk bersama-sama bekerjasama memberi bantuan dan sokongan meningkatkan diri di dalam semua lapangan termasuk sahsiah, akademik, bimbingan dan kerjaya dan seterusnya.

2.Mengembangkan potensi diri pelajar sesuai dengan falsafah, misi dan visi Universiti Sultan Zainal Abidin.

3.Menjalankan latihan, program, seminar dan bengkel dengan kerjasama Unit Kaunseling & Kerjaya kepada pelajar sesuai dengan keperluan sebagai pelajar yang intelek, mempunyai jati diri dan berdaya saing.

4.Melahirkan pelajar yang berjasa kepada masyarakat sekeliling demi mewujudkan masyarakat Malaysia yang prihatin.
 

Cogan kata Kelab PRS UniSZA
"Berbakti Demi Kecemerlangan"'

Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan:

Tahun 2010
• Pihak HEPA UniSZA telah mengadakan Kursus Pemantapan Organisasi (KPO) untuk Majlis Tertinggi setiap kelab dan persatuan yang telah diwujudkan di UniSZA yang bertempat di Damai Beach Resort, Besut. PRS UniSZA telah diwakili peserta yang terdiri daripada Majlis Tertinggi PRS UniSZA bagi kursus ini. Kursus ini telah berlangsung pada 19-22 Mac 2010. 

• Menghadiri Seminar Kebangsaan Pembimbing Rakan Siswa IPTA Malaysia yang bertempat di Pusat Aktiviti Kebudayaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada 10-12 Mei 2010 dan telah dianjurkan oleh Majlis Kaunseling dan Kerjaya Universiti-Universiti Malaysia (MAKUMA) dengan kerjasama Pusat Perkhidmatan Kaunseling Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Seramai 10 orang peserta daripada PRS UniSZA telah dihantar untuk menghadiri seminar ini.

• Mengambil bahagian sempena pesta konvokesyen UniSZA kali-2 2010 yang bertarikh 26-27 Julai 2010 dengan menjual bunga dan makanan yang bertujuan memperkenalkan kelab PRS UniSZA kepada umum sekaligus menambah dana kewangan kelab.

• Mengadakan Hi-Tea bersama ahli-ahli PRS UniSZA yang bertujuan untuk mengemaskini data ahli-ahli kelab. Ianya telah diadakan pada 22 September 2010.

•PRS UniSZA telah mengadakan satu program yang bercorak realiti iaitu UniSZA Top Host 2010 pada 8-9 Oktober 2010 bertempat di Dewan Muktafi Billah Shah (DABS) yang bertujuan mencungkil bakat pelajar UniSZA dalam arena pengacaraan.

• Mengambil bahagian dalam program Himpunan Komuniti 1 Malaysia yang bertempat di Dun Kijal dan Dun Kemasik pada 10-13 Disember 2010 dengan mengendalikan satu slot bimbingan dan kaunseling kepada para pelajar sekolah di sekitar kawasan Dun Kijal dan Kemasik.


Tahun 2011

• PRS UniSZA juga telah dijemput menghadiri Bengkel Pembangunan dan Kepimpinan Pemimpin Persatuan/Kelab Kaunseling dan Pembimbing Rakan Sebaya Institut Pengajian Tinggi pada 7-9 Januari 2011 yang bertempat di D’Nelayan Beach Resort, Melaka dengan anjuran Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA).  Seramai 5 orang wakil PRS UniSZA telah dihantar menghadiri bengkel ini. Bengkel ini telah disertai oleh 10 buah IPTA lain di Malaysia seperti UMP, UMK, UNIMAS, UMS, UIAM, UM,UKM, UPM, dan juga USIM.

• Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mengadakan Seminar Perancangan Kerjaya pada 22 Januari 2011 yang bertempat di USIM sendiri dan pihak PRS UniSZA telah menghantar wakil yang terdiri daripada exco dan ahli PRS untuk menyertainya.

• Pada 18 Februari 2011 (Jumaat), PRS UniSZA dengan kerjasama Unit Kaunseling dan Kerjaya UniSZA telah mengadakan walk-in interview bagi mencari dan mengisi jawatan bagi majlis tertinggi dan exco kelab yang baru bagi menerajui kelab PRS UniSZa sesi 2011/2012. Bertempat di UKK, kepada ahli yang telah mengisi borang keahlian kelab dan memenuhi syarat pemilihan exco telah disenarai pendek untuk di temuduga. Walk-in interview jawatan ini diadakan untuk mencari ahli kelab yang boleh diketengahkan untuk memimpin sesebuah organisasi.

• Kursus asas pembimbing rakan siswa sesi yang pertama bagi tahun 2011 telah diadakan pada 25 Februari 2011 di Dewan Kuliah Utama (DKU) Universiti Sultan Zainal Abidin.  Semua ahli kelab PRS UniSZA yang berdaftar telah diwajibkan untuk menghadiri kursus ini.  Kursus ini telah dikendalikan oleh pegawai psikologi UniSZA, Puan Rosni Mohamad dan telah dibantu oleh tiga orang kaunselor pelatih iaitu Puan Nor Ma’arifati bin Ramli, Cik Norazlinda binti Muda dan juga Cik Rodiah binti Daud.

• Pada 11 Mac 2011 bertempat di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, Universiti Sultan Zainal Abidin telah diadakan Seminar Pembimbing Rakan Siswa yang mana telah disertai oleh ahli berdaftar PRS UniSZA dan juga jemputan khas pelajar daripada Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Yang menariknya dalam seminar ini adalah kerana pihak UniSZa telah menjemput pengasas PRS Malaysia iaitu Profesor Madya Puan Zuraidah binti Abd. Rahman untuk berkongsi akan sejarah bagaimana tertubuhnya PRS di Malaysia.

Logo PRS UniSZA
Klik Di Sini 

1 ulasan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright 2011 @ .::P.R.S UniSZA::.!
Design by PRS UniSZA | Bloggerized by PRS UniSZA and AltafDarwish | Powered by Sahabat PRS