Minggu Unit Kaunseling Dan Kerjaya

| Kelab Pembimbing Rakan Siswa UniSZA | Tuesday, September 27, 2011
0 ulasan

Unit Kaunseling & Kerjaya akan mengadakan program di atas bemula 02 - 06 oktober 2011 bertempat di Pejabat Unit Kaunseling & Kerjaya [waktu pejabat]. antara pengisian program adalah : -

1. Pendaftaran Keahlian PRS Jam 9.00 malam di Cafe Asrama Baru.
2. Pendaftaran Sesi Kaunseling Individu & Kelompok.
3. Hebahan Program UKK
4. Jejak Maklumat Pusat Sumber UKK
5. Pameran Unit Kaunseling & Kerjaya
6. Ujian Psikologi [ iventori ]
7. Tayangan Video Psikologi
8. Kuiz Kenali Unit Kaunseling & Kerjaya
9. Cabutan untuk Pengunjung Bertuah
10. Pelaksanaan Mini Bengkel : -

PROGRAM PEMBANGUNAN SAHSIAH
Ahad [ 02 oktober 2011 ]
[ 2.30 - 4.30 ptg ]
Tajuk : Keperluan & Kehendak

PROGRAM PEMANTAPAN AKADEMIK
Isnin [ 03 oktober 2011 ]
[ 10.00 - 12.00 am ]
Tajuk : Pengurusan Tekanan Dalam Pembelajaran

[ 2.30 - 4.30 ptg ]
Tajuk : Persediaan Psikologi Menghadapi Peperiksaan

Selasa [ 04 oktober 2011 ]
[ 10.00 - 12.00 am ]
Tajuk : Akademik Cemerlang Sasaran Siswa/i

[ 2.30 - 4.30 ptg ]
Tajuk : Teknik Membina Daya Ingatan Yang Kuat

PROGRAM PEMBANGUNAN SAHSIAH & PEMBANGUNAN
KERJAYA
Rabu [ 05 oktober 2011 ]
[ 10.00 - 12.00 am ]
Tajuk : Yakin Dengan Langkah Pertama

[ 2.30 - 4.30 ptg ]
Tajuk : Penulisan Resume Berkesan

Khamis [ 06 oktober 2011 ]
[ 2.30 - 4.30 ptg ]
Tajuk : Tatacara Menghadapi Temuduga

** Mahasiswa/i yang berminat untuk menyertai mini bengkel di atas sila daftarkan nama di pejabat unit kaunseling & kerjaya sebelum atau pada 02 oktober 2011.

** MERIT akan diberikan.

Unit Kaunseling & Kerjaya
HEPA

Read More..

Selamat Kembali Ke Universiti

| Kelab Pembimbing Rakan Siswa UniSZA | Sunday, September 11, 2011
0 ulasan

Kelab Pembimbing Rakan Siswa UniSZA mengucapkan selamat kembali ke Universiti Sultan Zainal Abidin dan sekalung tahniah diucapkan kepada mereka yang layak melanjutkan pengajian ke menara gading ini khasnya dan kepada seluruh pelajar IPTA secara amnya. Berusahalah dengan bersungguh-sungguh kerana peluang yang diberikan hanya datang sekali dalam hidup kita. Jangan mudah berputus asa, cekalkan hati, tetapkan matlamat untuk anda mencapai cita-cita yang diidamkan..

Kepada semua pelajar diploma mahupun ijazah sarjana muda, kami di sini mendoakan kejayaan untuk kita bersama... ingat, usaha tangga kejayaan..
Posted By : PRS UniSZA
Read More..

Selamat Hari Raya Aidilfitri

| Kelab Pembimbing Rakan Siswa UniSZA | Wednesday, August 24, 2011
0 ulasan

Salam Lebaran ditujukan kepada semua umat islam di dunia ini khususnya kepada mereka yang sentiasa menyokong dan membantu pihak PRS UniSZA dalam segenap aspek... Dikesempatan ini, kami warga PRS UniSZA ingin memohon sejuta kemaafan sekiranya kami ada terkasar bahasa, terlanjur perbuatan, terguris hati dan perasaan atau ape jua kesalahan yang pernah kami lakukan... Kami mengakui kami bukanlah manusia yang sempurna, tetapi kami cuba untuk jadi manusia yang sempurna dan terbaik...

Apa yang kurang, sama-sama kita tingkatkan dan apa yang elok itu sama-sama kita jadikan panduan dan pedoman... Dihening Syawal ini, kami sekali lagi warga PRS UniSZA memohon kemaafan dan kami mengucapkan, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin...


Read More..

Majlis Berbuka Puasa "Iftar Mahabbah PRS"...

| Kelab Pembimbing Rakan Siswa UniSZA | Saturday, August 20, 2011
2 ulasan

Baru-baru ni PRS UniSZA telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama ahli-ahli PRS UniSZA... Alhamdulillah sambutan yang menggalakkan... Kepada mereka yang terlibat kami warga PRS UniSZA mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan anda dalam menjayakan majlis tersebut... 

Ada beberapa acara dijalankan semasa majlis itu diadakan termasuklah solat terawih berjemaah.. Alhamdulillah... Akhir kalam, warga PRS UniSZA mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak... Tidak lupa juga kepada semua ahli yang turut serta menjaya majlis ini...


Posted By : PRS UniSZA
Read More..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright 2011 @ .::P.R.S UniSZA::.!
Design by PRS UniSZA | Bloggerized by PRS UniSZA and AltafDarwish | Powered by Sahabat PRS