Kelebihan Bersahur

| Kelab Pembimbing Rakan Siswa UniSZA | Saturday, July 21, 2012
0 ulasan
 
Daripada Anas r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah kamu semua makan sahur, sesungguhnya dengan bersahur itu akan beroleh keberkatan.”

(al-Bukhari dan Muslim)

Umat Islam disunatkan untuk makan sahur sama ada bagi puasa wajib mahupun puasa sunat, sekalipun mengambil sedikit sahaja dari makanan atau pun minuman. Hikmah disunatkan makan sahur ke atas orang yang hendak berpuasa ialah untuk memberi kecergasan dan memperbaharui niat untuk berpuasa pada esok harinya. Orang yang berpuasa dan makan sahur pada waktunya dengan niat kerana Allah, nescaya Allah akan memberikan rahmat dan keberkatan di dalam hidupnya dan inilah kelebihan yang tidak diperolehi melainkan bagi orang-orang yang bersahur sahaja.

Kelebihan Bersahur.

Berikut adalah enam kelebihan bersahur di bulan Ramadhan.
  1. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya bersahur itu adalah berkat
  2. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Hendaklah kamu Bersahur kamu kerana ia adalah makanan yang berkat
  3. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Perbezaan antara puasa kita orang Islam dengan puasa ahli Kitab ialah kita makan sahur
  4. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Memakan sahur itu boleh memberi kekuatan untuk berpuasa pada siang hari dan qailulah (tudir sekejap) pada siang hari (sebelum Zohor) boleh memberi kekuatan untuk qiamullail – hadis dari Ibnu Abbas
  5. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat ke atas mereka yang bersahur – hadis dari Ibnu Umar
  6. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Sentiasalah umatku itu dalam keadaan kebaikan selama mana mereka menyegerakan berbuka dan melambatkan sahur
  7. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Sahur itu berkat, oleh itu janganlah kamu meninggalkannya walau pun dengan meminum seteguk air kerana sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat ke atas mereka yang bersahur.

Posted By : PRS UniSZA
    Read More..

    Semakan keahlian PRS UniSZA sesi 2012/2013

    | Kelab Pembimbing Rakan Siswa UniSZA | Friday, July 20, 2012
    0 ulasan
    Sekadar Hiasan

    Kepada mereka yang mendaftar sebagai Ahli PRS UniSZA sesi 2012/2013, semakan senarai nama boleh dilakukan SEKARANG.. Sila klik butang Keahlian untuk melihat status keahlian anda samada anda tersenarai atau tidak bagi sesi pengambilan ahli pada kali ini.

    Bagi mereka yang mengisi Borang Keahlian Baru, tetapi nama mereka tidak tersenarai sebagai ahli PRS UniSZA, sesungguhnya anda tidak terpilih untuk menjadi ahli PRS UniSZA pada kali ini. Jangan berputus asa, sila cuba untuk sesi pengambilan selanjutnya.

    Kepada yang tersenarai, tahniah diucapkan dan berilah komitmen serta kerjasama yang padu pada Kelab Pembimbig Rakan Siswa UniSZA ini. 


    Posted By : PRS UniSZA
    Read More..

    Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak

    | Kelab Pembimbing Rakan Siswa UniSZA | Friday, July 20, 2012
    0 ulasan

    Ikhlas Dari Kami : PRS UniSZA
    Read More..

    Berita Gempak!!!!

    | Kelab Pembimbing Rakan Siswa UniSZA | Sunday, July 08, 2012
    0 ulasan

    Perhatian.... untuk pengetahuan semua, PRS UniSZA akan mengadakan sesi temuduga bagi memilih calon yang bakal mengisi kekosongan jawatan barisan exco bagi pelajar diploma... seramai 150 orang pelajar tepilih bagi sesi temuduga tersebut... senarai nama boleh dilihat di papan2 kenyataan yang terpilih dan sila rujuk ke dalam portal pelajar.... sesi temuduga akan bermula pada 9.7.2012 dan akan berakhir pada 11.7.2012.... sekian....
    Read More..
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
     
    Copyright 2011 @ .::P.R.S UniSZA::.!
    Design by PRS UniSZA | Bloggerized by PRS UniSZA and AltafDarwish | Powered by Sahabat PRS