Halaman Utama » , , » Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Semester

Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Semester

| Kelab Pembimbing Rakan Siswa UniSZA | Wednesday, June 06, 2012
Kami daripada warga PRS UniSZA, mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Semester bagi Pelajar-pelajar Ijazah.. Semoga berjaya dan buat yang terbaik..


1. DOA AGAR DIKURNIAKAN KEFAHAMAN YANG BAIK DAN INGATAN YANG  SEMPURNA SEWAKTU MENELAAH MATA PELAJARAN
(Dibaca sebelum mengulangkaji pelajaran samada dari buku atau nota)
  
Maksudnya : 
"Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu, juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih"


2. DOA SEBELUM MASUK DEWAN PEPERIKSAAN

Maksudnya :
"Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu)"


3. DOA SEWAKTU LUPA SEMASA MENJAWAB SOALAN

Maksudnya :
"Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai, Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa)".


4. DOA MEMOHON KEJAYAAN CEMERLANG 


Maksudnya :
"Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada' dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh".


5. DOA KUATKAN INGATAN DAN TAK MUDAH LUPA.
Maksudnya :
"Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan."



PERSEDIAAN MENTAL

MALAM SEBELUM PEPERIKSAAN

1. Pastikan anda tidur secukupnya untuk memberi kesegaran pada esoknya.

2. Kumpulkan keperluan teknikal untuk peperiksaan seperti pen, pensel, pemadam, pembaris, kad pengenalan dan lain-lain. Letakkan ditempat yang senang diambil dan mudah diingati.

3. Kuatkan azam dan tekad untuk BERJAYA.

PAGI SEBELUM PEPERIKSAAN

1.Jangan lupa ambil sarapan pagi.

2. Jangan lupa bawa kad pengenalan,slip peperiksaan anda.

3.Datang awal ke tempat peperiksaan iaitu sekurang-kurangnya 15 minit sebelum peperiksaan. Ini bertujuan memberi ketenangan kepada anda.

4..Sebaik-baiknya jangan berbincang lagi tentang pelajaran dengan rakan-rakan sebelum masuk ke dewan peperiksaan. Perbincangan seperti ini boleh merungsingkan fikiran anda.

5.Berdoalah agar anda tenang menghadapi peperiksaan dan mendapat kejayaan yang cemerlang.

6.Masuklah ke dewan peperiksaan dengan disiplin dan keyakinan.

7.Pastikan tempat duduk anda selesa. Duduk dan tenangkan fikiran anda.

MEMULAKAN PEPERIKSAAN 

1.Dengar arahan pengawas peperiksaan.

2.Pastikan kertas soalan anda itu lengkap.

3.Lihat semua soalan.

4.Tandakan semua soalan yang hendak dijawab (untuk soalan esei).

5.Tuliskan isi-isi soalan yang hendak dijawab supaya tidak lupa.

6.Mulakan soalan esei dengan membuat rangka kasar terlebih dahulu.

Persediaan yang rapi serta ketenangan fikiran amat penting di dalam menghadapi peperiksaan. Jadikanlah pepriksaan sebagai kayu ukur di atas persediaan yang anda buat selama ini dan bukanlah sesuatu yang menyiksa dan membebankan. Bertawakalah kepada Allah SWT, InsyaAllah anda pasti berjaya.

0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright 2011 @ .::P.R.S UniSZA::.!
Design by PRS UniSZA | Bloggerized by PRS UniSZA and AltafDarwish | Powered by Sahabat PRS