Annual General Meeting (AGM) PRS UniSZA

| Kelab Pembimbing Rakan Siswa UniSZA | Friday, October 16, 2015
0 ulasan


Assalaamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
ANNUAL GENERAL MEETING (AGM) PRS UniSZA
kepada AHLI Pembimbing Rakan Siswa (PRS) yang dicintai lagi disayangi semua.. Emotikon grin
PRS UniSZA akan mengadakan Annual General Meeting untuk pelantikan tampuk pimpinan baru bg sesi 2015/2016 bagi menerajui Kelab Pembimbing Rakan Siswa (PRS) menggantikan tampuk pimpinan bagi sesi 2014/2015.
Majlis ini berlangsung seperti berikut:
tarikh : 22 October 2015 (KHAMIS)
masa : 5ptg-7mlm
tempat : Dewan Auditorium BA
oleh itu, semua AHLI PRS diWAJIBKAN hadir dan hendaklah terlebih dahulu untuk mendaftarkan kehadiran diri di KAUNTER CAFE BARU sebelum hari majlis AGM PRS berlangsung
Tarikh : 18&19 October 2015
hari : ahad & isnin
Tempat : cafe baru
masa : 9mlm-11mlm
**disertakan dengan yuran ahli RM5
Senarai nama ahli prs baru dan lama boleh di lihat pd portal dan d FB prs.
**********************************************
Sebarang pertanyaan sila hubungi :
syameera 019 4037303
najihah 013 3211307
dan sebarang perubahan akan dimaklum kemudian.
Read More..

Selamat Hari Kemerdekaan ke 58

| Kelab Pembimbing Rakan Siswa UniSZA | Monday, August 31, 2015
0 ulasan



Assalaamualaikum dan Salam Sejahtera
kami dari Barisan Pimpinan Kelab Pembimbing Rakan Siswa Unisza mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebanggsaan dan Hari Kemerdekaan ke-58 kepad seluruh Rakyat Malaysia Khususnya Warga UniSZA.
Moga-moga rasa Cinta akan tanah air selamanya tersemat di dada kita semua dan sama-sama kita doakan kesejahteraan negara terus dalam keadaan aman & damai.


Read More..

Tahniah dan Selamat Datang kepada mahasiswa/wi baru UniSZA kemasukan Ijazah Sesi 2015/2016

| Kelab Pembimbing Rakan Siswa UniSZA | Tuesday, August 25, 2015
0 ulasan





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Kami dari barisan Majlis Tertinggi dan Exco Kelab Pembimbing Rakan Siswa,Universiti Sultan Zainal Abidin ( PRS UniSZA )
mengucapkan TAHNIAH dan SELAMAT DATANG kepada bakal-bakal Mahasiswa\I kemasukkan Ijazah sesi 2015\2016.
Moga dengan kehadiran kalian dapat memurnikan lagi UniSZA serta menyerikan lagi Universiti ini.
Diharap juga kalian perbaharui niat dan lakukan persiapan seawal yang mungkin.
Jumpa bulan Sept. nanti
Ikhlas dari kami PRS UniSZA
Read More..

Selamat Hari Raya Aidilfitri

| Kelab Pembimbing Rakan Siswa UniSZA | Wednesday, July 22, 2015
0 ulasan

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin dari kami seluruh warga PRS UniSZA... 




posted by : AltafDarwish
Read More..

PRS UniSZA BERSAMA WARGA SMK PUTERA IPOH PERAK

| Kelab Pembimbing Rakan Siswa UniSZA | Tuesday, October 08, 2013
0 ulasan





Read More..

PEMBIMBING RAKAN SISWA UniSZA 2013/2014

| Kelab Pembimbing Rakan Siswa UniSZA | Tuesday, October 08, 2013
0 ulasan

Read More..

Pendaftaran ahli baru dan AGM

| Kelab Pembimbing Rakan Siswa UniSZA | Saturday, June 08, 2013
0 ulasan

PERHATIAN!! Peluang keemasan sudah tiba untuk menjadi ahli PRS UniSZA...cepat-cepat, jangan lepaskan peluang ini...
Read More..

Pendaftaran ahli baru dan AGM

| Kelab Pembimbing Rakan Siswa UniSZA | Saturday, June 08, 2013
0 ulasan

PERHATIAN!! Peluang keemasan sudah tiba untuk menjadi ahli PRS UniSZA...cepat-cepat, jangan lepaskan peluang ini...
Read More..
| Kelab Pembimbing Rakan Siswa UniSZA | Saturday, June 08, 2013
0 ulasan

Read More..
| Kelab Pembimbing Rakan Siswa UniSZA | Saturday, June 08, 2013
0 ulasan

Read More..

Kursus Asas Pembimbing Rakan Siswa UniSZA

| Kelab Pembimbing Rakan Siswa UniSZA | Friday, March 22, 2013
0 ulasan

Kepada semua ahli PRS UniSZA, sila daftarkan diri anda di Unit Kaunseling dan Kerjaya yek... jangan lupa.. ni satu peluang keemasan anda dan melayakkan anda bergelar ahli PRS UniSZA berintegriti... sape tidak hadirkan diri untuk program nie, sijil tidak akan diberikan dan anda tidak layak bergelar sebagai ahli PRS UniSZA... TQ... :)
Read More..

Kejohanan Futsal PRS UniSZA

| Kelab Pembimbing Rakan Siswa UniSZA | Tuesday, December 04, 2012
0 ulasan
Assalamualaikum semua...pihak Pembimbing Rakan Siswa akan mengadakan satu pertandingan futsal seperti maklumat dibawah:

Tarikh : 7 Disember 2012 ( Jumaat )
Masa : Jam 8 Pagi
Yuran : RM 10 satu pasukan

*Satu Pasukan = 10 pemain
*Hanya 20 Pasukan Yang Terawal mendaftar sahaja akan bermain
*Jika berminat boleh berhubung saya, saudara Zainul Luqman (012-3549196)

#Ayuh, apa lagi???
Jangan lepaskan peluang untuk menunjukkan bakat anda yang terpendam :)
Read More..
| Kelab Pembimbing Rakan Siswa UniSZA | Tuesday, October 16, 2012
0 ulasan

Jom semak keahlian lama bagi pelajar ijazah... sila klik link di bawah... atau tekan butang Keahlian.... 




Posted By : PRS UniSZA
Read More..

SENARAI NAMA YANG TERLIBAT UNTUK "MINI BENGKEL PROGRAM PENGACARAAN"

| Kelab Pembimbing Rakan Siswa UniSZA | Thursday, September 13, 2012
0 ulasan

TARIKH : 21 September 2012
MASA :8.00 pg- 10.30 mlm

TEMPAT : Bilik Aktiviti Kaunseling Kelompok UKK

1. AMIER HASAD BIN NURASAD
2. AZLIZA BINTI ABDUL AZIZ
3.EZAH UMI KHALSOM BINTI HAZIZUL HASSAN
4.FARRA NUR FATHIN BIN JA’AFAR
5.HASMI NABILA BINTI HASSAN
6.HIDAYAH FATEHA BINTI SHARIBUDIN
7.JUANI BINTI KHUSAIRI
8.MUHAMMAD MUJAHID BIN FAUZI
9.MUHD HARITH FAHMI BIN ABDUL RAHMAN
10.NABILA HUDA BINTI AHMAD
11.NOR JAIEMAH BINTI SAPUAN
12.NORAZIAN BINTI SAARANI
13.NUR IMAN SALEHA BINTI OSMAN
14.NUR SHAHIRA BINTI IBRAHIM
15.NUR SYUHADA BINTI AZHAR
16.NURUL AIDA ASMIRA BINTI MOHAMED YUSOFF
17.NURUL ASHIKIN BINTI ISMAIL
18.NURUL ZAHIEDA BINTI MOHAMMAD SAFIAN
19.PUTERI MARIAM BINTI MEGAT SHAHRIMAN
20.SITI NAJIHAH BINTI CHE YACCOB
21.SYAKIRAH AFIFAH BINTI SOHAIMI
22.WAN NUR AFIDA BIN WAN FAUZI

Program ini terbuka kepada BARISAN EXCO & AHLI PRS UniSZA,

Sesiapa yang masih berminat sila daftar nama di Unit Kaunseling dan Kerjaya [HEPA] UniSZA sebelum atau pada 19 September 2012 (RABU) dan untuk mendapatkan maklumat boleh berhubung terus kepada Altaf Darwish dan cik Layla Juma

Penyertaan Terhad.............. Harap Maklum
Read More..

Sambutan Hari Raya UniSZA 2012

| Kelab Pembimbing Rakan Siswa UniSZA | Saturday, September 08, 2012
0 ulasan
Salam Lebaran
Salam Lebaran Di Ucapkan Kepada

 Seluruh Warga UniSZA 

Dari Kami 

Warga PRS UniSZA

Posted By : PRS UniSZA
Read More..

Program Tautan Ukhwah Ahli Pembimbing Rakan Siswa (PRS UniSZA)

| Kelab Pembimbing Rakan Siswa UniSZA | Saturday, September 08, 2012
0 ulasan

Assalamualaikum Wm. Wbth.,

Sukacita dimaklumkan Unit Kaunseling & Kerjaya (HEPA) akan mengadakan Program Tautan Ukhwah Ahli Pembimbing Rakan Siswa (PRS UniSZA) sepertimana ketetapan berikut : -

Tarikh : 14 September 2012 (Jumaat)
Masa : 8.00 pagi - 1.00 tengahari
Tempat : Dewan Kuliah Utama, UniSZA

Program ini DIWAJIBKAN kepada SEMUA AHLI PRS (baru dan lama) yang terdiri daripada pelajar Diploma dan Ijazah.

Pendaftaran di Unit Kaunseling dan Kerjaya (HEPA), Blok B, Aras 1, Kampus Gong Badak sebelum atau pada 13 September 2012 (Khamis). 
sebarang pertanyaan sila hubungi di talian : 09-668 8965

SIJIL KEAHLIAN
hanya akan diberi kepada mereka yang hadir sahaja.
Makan dan minum disediakan

Sekian, Terima kasih

"Kami Bersama Anda", "Berbakti Demi Kecemerlangan"

Unit Kaunseling & Kerjaya, Kelab Pembimbing Rakan Siswa UniSZA
Read More..

Majlis Berbuka Puasa PRS UniSZA 2012

| Kelab Pembimbing Rakan Siswa UniSZA | Tuesday, July 31, 2012
0 ulasan

"Berbakti Demi Kecemerlangan"

Posted By : PRS UniSZA
Read More..

Salam Jumaat...

| Kelab Pembimbing Rakan Siswa UniSZA | Friday, July 27, 2012
0 ulasan
Klik untuk lebih jelas
Bersama-samalah kita mempertingkat amal ibadah kita. semoga Allah akan memberi rahmat dan maghfirahnya dalam kita melakukan kebaikan.. 

Salam Jumaat untuk semua umat islam.... 

Credit to : Fb Mr. Presiden
Posted by : PRS UniSZA
Read More..

Perhatian Semua!!!!

| Kelab Pembimbing Rakan Siswa UniSZA | Tuesday, July 24, 2012
0 ulasan
Kepada semua ahli, kerjasama anda amt diharapkan... kepada yang tidak membayar yuran, TINDAKAN TEGAS AKAN DIAMBIL.

"Berbakti Demi Kecemerlangan"
Read More..

Kelebihan Menyegerakan Berbuka Puasa

| Kelab Pembimbing Rakan Siswa UniSZA | Sunday, July 22, 2012
0 ulasan
 
Daripada Sahal bin Said r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Orang yang menyegerakan berbuka puasa setelah masuk waktunya akan mendapat kebaikan yang berterusan.
 
(Riwayat Bukhari Dan Muslim)
 
Huraian Hadith: 
1. Orang yang berpuasa disunatkan segera berbuka setelah diyakini masuknya waktu Margrib, sebaliknya makruh hukumnya jika sengaja dilewat-lewatkan tanpa sebarang sebab yang munasabah.
2. Antara hikmah disunatkan agar segera berbuka puasa ialah supaya kita tidak tergesa-gesa dalam mengejar waktu solat di mana ia memberi kesempatan untuk kita rehat seketika sebelum mengerjakan solat Maghrib dan sebelum bergegas menunaikan solat Isyak dan Tarawikh pula selepasnya.
 
Kelebihan Berbuka Puasa Dengan Kurma
 
 
PEPATAH Arab ada menyebut, rumah bagi segala penyakit itu adalah perut. Ini bermakna, jika kita dapat menjaga perut atau mengawal apa kita makan, kita dapat mencegah diri daripada banyak penyakit.

Sehubungan itu, bukanlah sesuatu yang pelik, apabila banyak nas agama yang membincangkan tentang faedah kesihatan yang diperoleh daripada amalan berpuasa.

Amalan berpuasa seperti yang disyariatkan agama bukan sebagai satu ibadah. Sebaliknya, untuk menjaga kesihatan dan meningkatkan daya tahan.

Bagaimanapun, ada segelintir di kalangan kita selepas berbuka akan makan beberapa kali selepas itu. Tidak kurang yang menjamu selera di luar rumah selepas berbuka.

Selesai bersembahyang tarawih, ada juga yang menyambung makan. Trend seumpama ini mungkin tidak begitu popular di kalangan kita. Tetapi tidak di kalangan masyarakat Arab.

Trend menjamu selera secara terus-menerus sehingga waktu sahur ini telah menjadi sebahagian daripada kehidupan mereka.

Ini kerana, di hampir kebanyakan negara Arab, mereka menjadikan malam hari di bulan puasa seolah-olah waktu tengah hari mereka. Kebiasaannya, mereka akan berjaga sepanjang malam sehingga waktu sahur dan tidur pada waktu tengah hari.

Bagaimanapun, seorang ulama besar zaman silam, Ibn Qaiyyim al-Jauziyyah, melalui kitab at-Tib an-Nabawi, merumuskan kaedah kesihatan yang diamalkan oleh Rasulullah sejak lebih 14 kurun yang lalu.

Amalan yang baik ialah makan sedikit saja waktu berbuka puasa. Kemudian tunaikan solat maghrib. Selepas solat maghrib baru makan malam. Itulah amalan yang baik dengan ajaran Islam dan kesihatan.

Rasulullah menganjurkan kita agar berbuka puasa dengan kurma. Mungkin masih ramai tidak mengetahui mengapa kurma sering kali disebut sebagai manisan paling sesuai ketika berbuka puasa.

Selain kandungan kalorinya yang tinggi, ia juga mudah dihadamkan ketika berbuka puasa.

Namun, khasiat yang lebih istimewa yang mungkin tidak disedari ialah ia mampu merendahkan risiko serangan angin ahmar.

Kandungan karbohidratnya yang tinggi membolehkannya memberi tenaga yang tinggi.

Malah, kandungan tenaga yang dimiliki kurma menandingi antara keluarga besar buah-buahan.

Pada masa yang sama, ia juga mengandungi zat gizi penting bagi fungsi tubuh iaitu kalium khusus untuk kebaikan jantung dan pembuluh darah.

Galian ini berfungsi untuk membetulkan denyutan jantung, mengaktifkan pengecutan otot-otot dan mengatur tekanan darah.

Paling menakjubkan, ada kajian mendedahkan makanan yang tinggi kandungan kaliumnya mampu merendahkan risiko serangan angin ahmar.

Gula yang terkandung dalam kurma mudah diserap dalam tubuh tanpa perlu melalui proses yang panjang. Atas sebab itulah, kurma dianggap sebagai buah yang paling ideal untuk hidangan berbuka puasa atau sahur.

Selain itu, kurma diketahui mengandungi pelbagai vitamin penting lain seperti vitamin A, tiamin, riboflavin, niasin, zat besi, vitamin B, asam nikotinat, serat dan bermacam-macam lagi.

Dalam setiap 100 gram kurma kering, terkandung vitamin A 50 IU, tiamin 0.09mg, ribofalvin 0.10mg, niasin, 2.20mg, serta kalium 666mg. Zat-zat gizi ini berfungsi membantu memberi tenaga, menjaga kulit, saraf agar sentiasa sihat.

Kurma juga mengandungi banyak garam galian lain seperti magnesium, potasium dan kalsium. Mineral-mineral ini sangat diperlukan tubuh. Serat kurma misalnya, dapat melancar dan mengaktifkan fungsi usus sekali gus memudahkan pembuangan air besar.

Sejenis bahan yang dikenali sebagai potuchsin seakan-akan hormon ini mampu melancarkan aliran darah dalam rahim dan mencegah pendarahan rahim.

Sehubungan itu, kita seharusnya memakan buah kurma bukan hanya pada bulan puasa sahaja. Kurma baik dijadikan pembasuh mulut selepas makan atau menggantikan makanan ringan yang rata-rata mengandungi karbohidrat, garam, lemak dan gula berlebihan yang boleh membawa pelbagai jenis penyakit.

Tip berbuka dan bersahur yang berkesan:
- Berbuka dengan buah atau air
- Tunaikan solat maghrib terlebih dahulu bagi memberi peluang perut menghadamkan makanan
- Kurangkan makanan yang berminyak, berempah dan pedas
- Kurangkan kadar makanan dari biasa
- Elakkan minum air sambil makan. Makan secara perlahan-lahan.

Elakkan:
- Makan terlalu banyak ketika bersahur
- Makan makanan yang pedas atau berempah
- Makan terlalu banyak daging terutama kepada mereka yang menghidap batu karang, gout dan alahan
- Mengulangi makan sepanjang malam
- Kurang minum air pada malam hari atau lebih minum air semasa makan
- Tidur selepas kenyang makan
- Merokok.
 
Posted By : PRS UniSZA
Read More..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright 2011 @ .::P.R.S UniSZA::.!
Design by PRS UniSZA | Bloggerized by PRS UniSZA and AltafDarwish | Powered by Sahabat PRS