Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Semester
Kami daripada warga PRS UniSZA, mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Semester bagi Pelajar-pelajar Ijazah.. Semoga berjaya dan buat yang terbaik..
1. DOA AGAR DIKURNIAKAN KEFAHAMAN YANG BAIK DAN INGATAN YANG SEMPURNA SEWAKTU MENELAAH MATA PELAJARAN
(Dibaca sebelum mengulangkaji pelajaran samada dari buku atau nota)
Maksudnya :
"Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu, juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih"
2. DOA SEBELUM MASUK DEWAN PEPERIKSAAN
Maksudnya :
"Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu)"
3. DOA SEWAKTU LUPA SEMASA MENJAWAB SOALAN
Maksudnya :
"Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai, Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa)".
4. DOA MEMOHON KEJAYAAN CEMERLANG
Maksudnya :
"Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada' dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh".
5. DOA KUATKAN INGATAN DAN TAK MUDAH LUPA.
Maksudnya :
"Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan."
PERSEDIAAN MENTAL
MALAM SEBELUM PEPERIKSAAN
1. Pastikan anda tidur secukupnya untuk memberi kesegaran pada esoknya.
2. Kumpulkan keperluan teknikal untuk peperiksaan seperti pen, pensel, pemadam, pembaris, kad pengenalan dan lain-lain. Letakkan ditempat yang senang diambil dan mudah diingati.
3. Kuatkan azam dan tekad untuk BERJAYA.
PAGI SEBELUM PEPERIKSAAN
1.Jangan lupa ambil sarapan pagi.
2. Jangan lupa bawa kad pengenalan,slip peperiksaan anda.
3.Datang awal ke tempat peperiksaan iaitu sekurang-kurangnya 15 minit sebelum peperiksaan. Ini bertujuan memberi ketenangan kepada anda.
4..Sebaik-baiknya jangan berbincang lagi tentang pelajaran dengan rakan-rakan sebelum masuk ke dewan peperiksaan. Perbincangan seperti ini boleh merungsingkan fikiran anda.
5.Berdoalah agar anda tenang menghadapi peperiksaan dan mendapat kejayaan yang cemerlang.
6.Masuklah ke dewan peperiksaan dengan disiplin dan keyakinan.
7.Pastikan tempat duduk anda selesa. Duduk dan tenangkan fikiran anda.
MEMULAKAN PEPERIKSAAN
1.Dengar arahan pengawas peperiksaan.
2.Pastikan kertas soalan anda itu lengkap.
3.Lihat semua soalan.
4.Tandakan semua soalan yang hendak dijawab (untuk soalan esei).
5.Tuliskan isi-isi soalan yang hendak dijawab supaya tidak lupa.
6.Mulakan soalan esei dengan membuat rangka kasar terlebih dahulu.
Persediaan yang rapi serta ketenangan fikiran amat penting di dalam menghadapi peperiksaan. Jadikanlah pepriksaan sebagai kayu ukur di atas persediaan yang anda buat selama ini dan bukanlah sesuatu yang menyiksa dan membebankan. Bertawakalah kepada Allah SWT, InsyaAllah anda pasti berjaya.
Selamat Datang
Pengambilan Ahli baru untuk pelajar diploma akan dibuka tidak lama lagi... bersama-samalah kita mendekati Pembimbing Rakan Siswa UniSZA .
"Berbakti Demi Kecemerlangan"
Kepimpinan Baru PRS UniSZA 2012 / 2013
Majlis tertinggi dan Exco Baru PRS UniSZA sesi 2012 / 2013
Presiden : Ahmad Khir Bin Ahmad Humairi
Timb. Presiden : Zuhairi Bin Zuremi
Setiausaha 1 : Abdul Aziz Bin Abdullah
Setiausaha 2 : Naqibah Binti Solahudin
Bendahari : Abdul Azim Bin Abu Hassan
Ecxo Perancangan Dan Penyelarasan Aktiviti :
Saiful Islam Bin Abd. Razak
Exco Kerohanian Dan Pembangunan Sahsiah :
Zuraidah Binti Zulkifli
Exco Diplomatik Dan Hubungan Serantau :
Nurul Azlinda Binti Ramlee
Exco Ekonomi Dan Pembangunan Keusahawanan :
Muhammad Sobri Bin Hamid
Exco Penyelidikan Dan Intelektual :
Nor Asmiza Binti Arifin
Muslimatun Binti Arizal
Exco Rekreasi Dan Aktiviti Lasak :
Nazrul Bahri Bin Rahmat
Exco Publisiti Dan Media :
Nurul Adila Binti Zakaria
" Berbakti Demi Kecemerlangan "
Subscribe to:
Posts (Atom)


.jpg)


