Perhatian Semua..

| Kelab Pembimbing Rakan Siswa UniSZA | Monday, March 07, 2011
0 ulasan
Salam semua... lama gak tak update blog PRS UniSZA ni... Almaklumlah, sibuk ngan assgmnt.. k, tanpa membuang masa sila baca pemberitahuan di bawah yek...

  Ingat tu...!! Kepada Ahli yang berdaftar, anda diwajibkan hadir...
" Berbakti Demi Kecemerlangan ''

Post By : AltafDarwish
Read More..

Kawan....

| Kelab Pembimbing Rakan Siswa UniSZA | Wednesday, February 02, 2011
0 ulasan

Salam Sejahtera dari saya.. (aduh cermat dan skemanya bahasa saya di sini..huhu)

Ingat tak masa kecil-kecil dulu,
Kalau kawan kita buat jahat kat kita,
Kita akan cakap “tak nak kawan ngan awak”
Lepas tu esok petang di lokasi dan waktu yang sama, dah kawan semula.
Takpun masa di sekolah dah kawan semula.

Masa kita kecil, value seorang “kawan” tu kita sendiri tak tahu.
Kawan tu orang yang kita kenal.
Kawan tu boleh ajak kita main-main waktu petang-petang.
Kawan tu tempat kita tanya soalan matematik kalau kita tak boleh buat.
Kawan tu orang yang kita ajak pergi tandas masa sekolah.

Bila kita dah besar,
Apa itu kawan?
Orang yang kita kenal, tak semestinya kawan kita.
Dan bukan juga kawan yang kita add atau approve di myspace, friendster, facebook, tagged.

Putus kawan masa kecil-kecil, sekejap je boleh baik semula.
Putus kawan masa dah besar, selagi masing-masing keras kepala, selagi itu takkan ada apa-apa.
Haih~~

Edited by : amadkhir
Post By : amadkhir
Read More..

Roda Tetap Berputar Tanpa Sedar

| Kelab Pembimbing Rakan Siswa UniSZA | Wednesday, February 02, 2011
0 ulasan
Assalamualaikum para pembaca...
Nukilan rasa dari pena tinta saya....Mr.Presiden ( bak kata anak2 buah yang setia..)

Selamat bersua kembali...
Moga pertemuan lalu tidak dilupa...
dan kehadiran kini tetap disapa..
( ayat pendahuluan kena manis sikit..baru menarik nak baca yang seterusnya....hihihi)

Rasanya masih tidak terlambat untuk saya ucapkan kepada semua SELAMAT MEMASUKI SEMESTER TAHUN BARU 2011 DAN SEMESTER BARU...walaupun terlambat maafkan saya....dah sebulan masa itu berlalu tapi tak salah jika saya ucapkan juga kan...lebih baik lambat daripada tiada langsung...( kata2 yang selalu kita dengar..)

Kenapa agak2nya saya mulakan tinta nukilan saya sebegitu rupa ye?? Yang pasti...saya ada jawapannya tersendiri....Hal ini kerana ( macam nak tulis karangan....) selalu dikaitkan tahun baru, semester baru dengan azam baru..betul kan?? Saya pasti...setelah sebulan berlalu di tahun baru dan semester baru..pasti ada yang telah memulakan langkah untuk melaksanakan azam yang tersemat didada...Ya....saya sendiri juga mempunyai azam baru dan langkahan demi langkahan untuk merealisasikan azam tersebut telah saya mulakan.. Harapnya rakan2 di luar sana juga serupa..jangan biarkan azam yang begitu berkobar2 di awal permulaan tahun akhirnya menjadi azam kembali untuk tahun seterusnya...namun untuk direalisasikan azam tersebut..sia2....

Namun disebalik keghairahan kita mencuba untuk merealisasikan azam tahun baru kita..jangan dilupa kesilapan2 serta titik2 hitam yang telah berlaku di tahun lepas...atau tahun2 sebelumnya...Bukan maksud saya supaya kita terus berada di belakang dan meratapi apa yang telah berlaku...tetapi ikhtibar dan pengajaran di atas apa yang berlaku itu yang penting untuk kita kaji dan lihat serta perbaiki dalam masa kita merealisasikan azam tahun baru kita.
Saya katakan tentang roda kehidupan..
bukan roda impian....hihihi...
" saya putar halim...."

Inilah yang saya hendak kaitkan dengan tajuk kita diatas..

Pasti ketika mana kita memikir2kan semula kesilapan dan titik2 hitam yang telah berlaku dalam hidup kita sebelum ini ia adalah merupakan detik yang teruk yang kita telah lalui dan ketika inilah roda kehidupan kita berada dibawah...mungkin sebelum ini kita tidak sedar...roda kehidupan kita selalu berada diatas... dan ketika mana ia berada di atas...kita lupa dan dan alpa...dan apabila ia berada di bawah baru kita tersedar dari kelupaan dan kealpaan kita menelusuri kehidupan. Kadang2 ketika kita di uji dengan roda kehidupan kita berputar ke bawah...kesedaran itu belum juga timbul..malah kita lebih alpa dan lepa....huhhh.....teruknya kita...dan kadang2 ujian sebegitu membuatkan kita tidak waras dalam menempuhinya sedangkan ketika kita diatas...kita lah orang yang paling rasional dan pandai mencongak rangka kehidupan....betapa kerdil dan lemahnya kita....

Dan kadang2 dari ujian itu timbulnya kesedaran dan keinsafan untuk berubah...dan perubahan ini menjadi salah satu azam di tahun baru..betapa indahnya ALLAH menunjukkan kekuasaanNYA tanpa kita sedari... Oleh itu...berusahalah untuk terus memperbaiki diri dari semasa ke semasa disamping berusaha untuk memantapkan diri dan mematangkan fikiran dengan mengambil pengajaran dari pengalaman.. Pernah saya mendengar dan membaca bahawa pengalaman merupakan guru yang paling baik dalam kehidupan... Fikir2kanlah dan ayuh bersama2 kita membuat anjakan paradigma untuk kebaikan diri kita sendiri disamping tetap tidak putus asa mencari keredhaan Yang Maha Berkuasa.....

Sekian...wallahualam.

P/S : Nukilan diatas adalah perkongsian dari apa yang berlaku dari saya....ketika saya diuji dengan roda saya berputar ke bawah..alhamdulillah ALLAH dorongkan saya untuk berfikir secara rasional dan memberi saya kekuatan untuk memperbaiki diri pada tahun baru dan semester baru.....syukur...

Post by : Mr. Presiden
Read More..

Mengapa Wanita Memerlukan Lelaki???

| Kelab Pembimbing Rakan Siswa UniSZA | Sunday, January 30, 2011
0 ulasan

Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah.

Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala. Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?

Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.

Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat, dan dia sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo.

Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya. Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki.

Kawan, saya harap dia membaca artikel ini. Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.

Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.

Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.

Tetapi lelaki yang baik, jika tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok-belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.

"Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui."

Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita. Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita sebagai wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.

Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.

Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.

Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia. Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada.

Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua. Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja.

Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa.

Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa. Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama.

Sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian, kini sudah disunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai.

Semoga mereka tak tersalah pilih. Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.

Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.

Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.

Dan kerana tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.

Tetapi kerana ciptaan tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.

Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya. Tetapi kerana fitrah kejadian tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.

Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati.

Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik. InsyaAllah.

Post By : AltafDarwish
Read More..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright 2011 @ .::P.R.S UniSZA::.!
Design by PRS UniSZA | Bloggerized by PRS UniSZA and AltafDarwish | Powered by Sahabat PRS